Kaubiarkan isteri mereka dirampas, anak-anak mereka ditawan dan barang-barang mereka menjadi milik orang Israel, umat-Mu yang terkasih, yang giat melaksanakan kehendak-Mu. Saudara-saudara Dina sangat marah kerana kehormatan keluarga mereka dinodai. Maka mereka memohon pertolongan-Mu.Ya Allahku, dengarlah juga doaku, doa seorang balu.