Yudit 9:12-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Dengarlah doaku, ya Allah nenek moyangku, Allah pujaan Israel, Penguasa syurga dan bumi, Pencipta sungai dan lautan, Raja segenap ciptaan. Dengarlah doaku dan

13. usahakanlah supaya tipu dayaku melukai dan membunuh semua orang yang telah merancangkan kejahatan yang kejam terhadap perjanjian-Mu dan Rumah-Mu yang suci, terhadap Bukit Sion dan tempat kediaman umat-Mu, pusaka mereka.

14. Semoga seluruh bangsa dan setiap suku mengakui bahawa Engkaulah Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Kuat, dan bahawa Engkau sendiri melindungi bangsa Israel.”

Yudit 9