Yudit 6:17-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Kepada mereka, Akhior menceritakan apa yang sudah dikatakan dalam persidangan penasihat Holofernes, apa yang dikatakannya sendiri di hadapan para perwira Asyur, dan bagaimana Holofernes mengatakan tindakan yang akan diambilnya terhadap orang Israel.

18. Apabila mendengar hal itu, orang Israel sujud menyembah Allah dan berdoa,

19. “Ya Tuhan, Allah Yang Maha Tinggi, lihatlah kesombongan semua orang itu. Kasihanilah bangsa-Mu yang dihina, dan pandanglah dengan rela umat milik-Mu.”

20. Lalu mereka menghibur Akhior dan memujinya kerana perbuatannya.

21. Selesai pertemuan itu, Uzia membawa Akhior ke rumahnya. Lalu diadakan jamuan makan untuk ketua-ketua masyarakat. Sepanjang malam mereka berdoa memohon pertolongan Allah Israel.

Yudit 6