Kerana mereka berbalik kepada Allah mereka, sekarang mereka sudah kembali dari negeri-negeri tempat mereka dicerai-beraikan. Mereka sudah menetap lagi di pergunungan yang selama itu tak didiami. Yerusalem sudah menjadi milik mereka kembali dan di kota itu ada Rumah Allah mereka.