1. Holofernes, panglima tinggi tentera Asyur, mendengar bahawa orang Israel bersiap-siap untuk bertempur. Mereka sudah menutup jalan-jalan di pergunungan, memperkuat pertahanan di puncak-puncak gunung dan memasang rintangan di dataran.
2. Maka meluaplah kemarahan Holofernes. Dipanggilnya semua pemimpin Moab, para panglima Amon dan semua gabenor daerah di sepanjang pantai Laut Tengah.
3. Dia berkata kepada mereka, “Kamu tinggal di Kanaan. Oleh sebab itu ceritakanlah kepadaku tentang bangsa yang tinggal di pergunungan itu. Kota-kota manakah yang didiami oleh mereka? Berapakah jumlah pasukan mereka dan apakah sumber kekuatan dan kuasa mereka? Siapakah raja yang mengetuai tenteranya?
4. Daripada semua bangsa di barat, mengapa hanya mereka yang tak datang untuk bertemu dengan aku?”
5. Lalu Akhior, pemimpin bangsa Amon, menjawab begini, “Sudilah tuan mendengarkan cerita saya tentang orang yang mendiami pergunungan dekat dengan khemah tuan itu. Saya tak berbohong kepada tuan.
6. Mereka keturunan orang Babilonia,
9. Kemudian Allah mereka menyuruh mereka meninggalkan Mesopotamia dan pergi ke negeri Kanaan. Mereka menetap di situ dan menjadi kaya kerana memiliki banyak emas, perak, dan ternakan.
10. Ketika negeri Kanaan dilanda kebuluran, mereka pergi ke Mesir dan tinggal di negeri itu selama mereka mendapat nafkah. Di situ mereka berkembang menjadi bangsa yang besar, sehingga jumlah mereka tak dapat dihitung.
11. Lalu raja Mesir mula memusuhi mereka. Dengan licik baginda membebani mereka dengan kerja paksa membuat batu bata. Mereka ditindas dan diperhamba.
12. Tapi mereka berdoa kepada Allah mereka, lalu Dia mendatangkan bencana-bencana sehingga orang Mesir tak berdaya. Pada waktu orang Mesir mengusir mereka dari negeri itu,
13. Allah orang Israel mengeringkan Laut Merah di depan mereka,
14. lalu membimbing mereka sepanjang jalan menuju ke Sinai dan Kades-Barnea.Kemudian orang Israel mengusir semua penduduk padang gurun.
15. Mereka sendiri menduduki negeri orang Amori, menghapuskan penduduk Hesbon, menyeberangi Sungai Yordan, lalu menduduki seluruh daerah pergunungan.
16. Mereka mengusir orang Kanaan, Feris, Yebusi, penduduk Sikhem, dan semua orang Girgasi. Lama orang Israel tinggal di daerah pergunungan itu.