Yudit 2:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pada tarikh dua puluh dua bulan satu tahun kelapan belas pemerintahan baginda, Raja Nebukadnezar mengambil keputusan untuk melaksanakan ancaman hukuman terhadap bangsa-bangsa yang dahulu tidak mahu menolong baginda.

2. Baginda mengumpulkan semua pegawai tinggi dan pegawai tentera baginda dan mengadakan persidangan rahsia dengan mereka. Raja mengumumkan keputusan baginda untuk menghukum semua bangsa yang telah melawan perintah baginda.

3. Orang yang bersidang itu sepakat bahawa bangsa-bangsa yang telah melawan perintah raja harus dibinasakan.

Yudit 2