12. Kita ini keturunan hamba abdi,tetapi berhasil mengalahkan musuh.Kita menumpaskan mereka seperti hamba pelarian;mereka binasa oleh tentera Tuhan.
13. Aku mahu menyanyikan lagu baru bagi Allahku.Ya Tuhan, Engkau agung dan mulia,Engkau kuat tidak terkalahkan.
14. Semua ciptaan-Mu harus mengabdi kepada-Mu,oleh sebab mereka dijadikan atas perintah-Mudan dihidupkan oleh nafas-Mu;tiada yang dapat melawan perintah-Mu.
15. Gunung-gunung dan lautan gementar,batu meleleh seperti lilin di hadapan-Mu.Tetapi orang yang taat kepada-Muakan mendapat belas kasihan.
16. Korban wangi-wangian terlalu kecil,lebih kecil lagi lemak korban untuk menyenangkan hati Tuhan.Tetapi orang yang takut kepada Tuhan,dialah yang besar selama-lamanya.
17. Celakalah bangsa yang melawan bangsa kita!Mereka akan dihukum oleh Tuhan Yang Maha Kuasapada hari penghakiman.Dia akan mendatangkan api dan cacinguntuk membinasakan tubuh mereka.Mereka akan menangis kesakitanuntuk selama-lamanya.”
18. Pada waktu semua orang itu tiba di Yerusalem, mereka melakukan upacara penyucian lalu menyembah Allah. Mereka mempersembah korban untuk menyenangkan hati Tuhan, korban sukarela dan persembahan lainnya.
19. Kepada Allah, Yudit mempersembahkan segala milik Holofernes yang diberikan kepadanya. Kelambu yang telah diambilnya dari tempat tidur Holofernes, diserahkannya kepada Tuhan sebagai korban penunai nazar.
20. Tiga bulan lamanya peristiwa itu dirayakan oleh mereka di hadapan Rumah Tuhan di Yerusalem, dan Yudit tinggal di situ bersama-sama mereka.
21. Sesudah perayaan itu berakhir, setiap orang pulang ke rumah masing-masing. Yudit pulang ke Betulia dan tinggal di rumah warisan suaminya. Namanya termasyhur di seluruh negeri Israel.
22. Dia dilamar oleh banyak orang, tetapi sepeninggal Manasye suaminya, dia tidak pernah berkahwin lagi.
23-24. Dia menjadi sangat tua di rumahnya di Betulia. Sebelum meninggal dia membahagikan miliknya kepada sanak saudaranya yang dekat dan membebaskan perempuan yang menjadi hambanya. Dia meninggal pada umur 105 tahun dan dikuburkan di samping suaminya. Tujuh hari lamanya orang Israel berkabung atas kematiannya.
25. Selama Yudit masih hidup dan bertahun-tahun sesudah dia meninggal, tiada seorang pun yang berani mengganggu Israel.