1. Inilah nyanyian Yudit,“Pujilah Allahku, bernyanyilah bagi-Nyadengan iringan gendang dan canang.Nyanyikanlah lagu pujian bagi-Nya,pujilah Dia dan sanjunglah nama-Nya,
2. oleh sebab Tuhan itu Allah yang mengakhiri perang;Dia menempatkan perkhemahan-Nya di tengah umat-Nyadan menyelamatkan aku daripada mereka yang mengejar aku.
3. Orang Asyur turun dari pergunungan di utara,askar mereka puluhan ribu banyaknya.Pasukan mereka menyumbat sungai-sungai,pasukan berkudanya menutup bukit-bukit.
4. Mereka mengancam akan membakar negeri kita,menumpas pemuda-pemuda kita dengan pedang,mencampakkan bayi-bayi kita,mengambil anak-anak kita sebagai tawanandan gadis-gadis kita sebagai jarahan.
5. Tetapi mereka dicegah oleh Tuhan Yang Maha Kuasadengan perantaraan seorang wanita.
6. Pahlawan mereka gugur, bukan oleh askar muda,atau kerana diserang dan dibunuh raksasa.Dia dilumpuhkan oleh Yudit anak Merari,dengan kecantikan wajahnya.
9. Kasut Yudit yang indah menarik perhatiannya,kecantikan Yudit memikat hatinya,lalu pedang memotong tengkuknya.
10. Keberanian Yudit membuat orang Persia takut,tekadnya menjadikan orang Media terkejut.
11. Bangsaku yang lemah dan tertindastelah meneriakkan pekik pertempuran,sehingga musuh takut dan gempar,lalu berbalik melarikan diri.
12. Kita ini keturunan hamba abdi,tetapi berhasil mengalahkan musuh.Kita menumpaskan mereka seperti hamba pelarian;mereka binasa oleh tentera Tuhan.
13. Aku mahu menyanyikan lagu baru bagi Allahku.Ya Tuhan, Engkau agung dan mulia,Engkau kuat tidak terkalahkan.
14. Semua ciptaan-Mu harus mengabdi kepada-Mu,oleh sebab mereka dijadikan atas perintah-Mudan dihidupkan oleh nafas-Mu;tiada yang dapat melawan perintah-Mu.