Semua orang, tua dan muda lari ke pintu gerbang. Tidak seorang pun menyangka bahawa Yudit sudah kembali. Mereka membuka pintu gerbang dan menyambut Yudit serta hamba perempuannya. Kemudian mereka menyalakan api unggun supaya terang, dan berdiri mengerumuni Yudit dan hambanya.