19. Tuan akan saya pimpin melalui Yudea sehingga tiba di Yerusalem. Di tengah-tengah kota itu akan saya tempatkan sebuah takhta bagi tuan. Tuan dapat memimpin penduduk Yerusalem seperti kawanan domba yang tak punya gembala. Tak ada anjing seekor pun yang berani menggonggong tuan. Allah sudah menyatakan semuanya itu kepada saya sebelum terjadi, dan Dia mengutus saya untuk menyampaikannya kepada tuan.”
20. Holofernes dan para pembantunya gembira mendengar perkataan Yudit dan mereka mengagumi kebijaksanaannya.
21. “Pasti dia wanita yang paling cantik dan paling bijaksana di seluruh dunia,” kata mereka sesama sendiri.
22. Kemudian Holofernes berkata kepadanya, “Sungguh baik bahawa Allah mengutus engkau ke mari supaya kami mendapat kemenangan dan membinasakan orang yang telah menghina Raja Nebukadnezar.
23. Engkau bukan hanya cantik, tapi juga pandai bercakap. Kalau engkau menepati janjimu, Allahmu akan menjadi Allahku. Engkau akan mendapat kedudukan di istana Raja Nebukadnezar dan menjadi termasyhur di seluruh dunia.”