8. “Semoga Allah nenek moyang kita memberkati engkau dan membuat rancanganmu berhasil bagi kejayaan Yerusalem dan kemenangan Israel.”
9. Yudit sujud dan berdoa kepada Allah, lalu berkata kepada mereka, “Suruhlah orang membuka pintu untuk kami. Sekarang saya akan melakukan apa yang sudah kita bincangkan itu.” Para pemuda diperintahkan untuk membuka pintu gerbang baginya,
10. lalu Yudit dan hambanya perempuan meninggalkan kota. Orang di situ mengamatinya sementara dia turun dari gunung menuju ke lembah, sehingga dia tidak kelihatan lagi.
11. Kedua-dua orang wanita itu melanjutkan perjalanan mereka di lembah, sehingga dijumpai oleh askar-askar Asyur yang sedang membuat rondaan.
12. Yudit ditahan dan ditanya oleh mereka, “Kamu bangsa apa? Dari mana dan mahu ke mana?”“Saya orang Ibrani,” jawabnya, “tapi saya lari daripada bangsa saya kerana Allah akan membiarkan kamu membinasakan mereka.
13. Sekarang saya ingin menghadap Holofernes, panglima tinggi tentera kamu, untuk menyampaikan keterangan penting. Saya dapat menunjukkannya jalan yang harus ditempuh supaya dapat menguasai seluruh daerah ini tanpa kehilangan seorang pun daripada anak buahnya.”
14. Orang di situ terpukau melihat kecantikan Yudit. Setelah mendengar ceritanya, mereka berkata,
15. “Kamu selamat kerana segera datang ke sini untuk menemui panglima kami. Sila pergi ke khemahnya sekarang juga. Beberapa orang kami akan mengawal dan menyerahkan kamu kepada panglima.
16. Kamu tak perlu takut apabila menghadapnya. Katakan saja kepadanya apa yang telah kamu katakan kepada kami. Pasti kamu akan diperlakukan dengan baik.”