11. dan apabila mereka semua sampai di seberang, imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian TUHAN berjalan di hadapan mereka.
12. Semua orang daripada suku Ruben, Gad, dan setengah suku Manasye telah menyeberang mendahului umat Israel yang lain, dan mereka siap berperang seperti yang diperintahkan Musa.
13. Semuanya ada kira-kira 40,000 orang lelaki yang telah siap untuk berperang. Di hadapan TUHAN, mereka menyeberang ke dataran rendah dekat kota Yerikho.
14. Perbuatan TUHAN pada hari itu menyebabkan umat Israel menghormati Yosua sebagai orang besar. Mereka menghormati dia sepanjang hayatnya sebagaimana mereka menghormati Musa dahulu.
15. Kemudian TUHAN menyuruh Yosua
16. memerintah imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian keluar dari Sungai Yordan.
17. Yosua mematuhi perintah TUHAN.
18. Apabila imam-imam itu sampai di tebing sungai, air sungai mengalir lagi dan banjir seperti semula.
19. Umat Israel menyeberangi sungai itu pada hari kesepuluh bulan pertama, lalu mereka berkhemah di Gilgal, di sebelah timur kota Yerikho.
20. Di sana Yosua menyusun dua belas buah batu yang diambil dari Sungai Yordan.
21. Dia berkata kepada umat Israel, “Pada masa akan datang, apabila anak cucu kamu bertanya tentang erti batu-batu ini,
22. beritahulah mereka bahawa umat Israel menyeberangi Sungai Yordan di atas dasar yang kering.
23. Beritahulah mereka bahawa TUHAN, Allah kamu mengeringkan sungai itu untuk kamu sehingga kamu menyeberanginya, sebagaimana Dia mengeringkan Laut Gelagah untuk kami sehingga kami menyeberanginya.
24. Dengan kejadian itu, semua orang di bumi akan tahu betapa besarnya kuasa TUHAN. Oleh itu kamu akan menghormati TUHAN, Allah kamu selama-lamanya.”