43. Demikianlah TUHAN memberi umat Israel seluruh tanah yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyang mereka. Setelah merebut tanah itu, mereka menetap di sana.
44. TUHAN memberi mereka keamanan di seluruh tanah itu sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang musuh pun dapat melawan mereka, kerana TUHAN telah memberi umat Israel kemenangan atas semua musuh.
45. TUHAN menepati tiap-tiap janji-Nya kepada umat Israel.