Yosua 21:27-36 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

27. Satu lagi puak daripada suku Lewi, iaitu puak Gerson, menerima dua buah kota dari wilayah Manasye Timur: kota Golan di Basan (salah satu kota perlindungan) dan Beestera, bersama dengan padang rumputnya.

28. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Isakhar: kota Kisyon, Dobrat,

29. Yarmut, dan En-Ganim, bersama dengan padang rumputnya.

30. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Asyer: kota Misal, Abdon,

31. Helkat, dan Rehob, bersama dengan padang rumputnya.

32. Mereka menerima tiga buah kota dari wilayah Naftali: kota Kedes di Galilea bersama dengan padang rumputnya (salah satu kota perlindungan), Hamot-Dor dan Kartan, bersama dengan padang rumputnya.

33. Keluarga-keluarga daripada puak Gerson menerima sejumlah tiga belas buah kota bersama dengan padang rumputnya.

34. Puak lain daripada suku Lewi, iaitu puak Merari, menerima empat buah kota dari wilayah Zebulon: kota Yokneam, Karta,

35. Dimna, dan Nahalal, bersama dengan padang rumputnya.

36. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Ruben: kota Bezer, Yahas,

Yosua 21