Yosua 19:48-50 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

48. Semua kota itu dan pekan-pekannya terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Dan.

49. Apabila umat Israel selesai membahagi-bahagikan tanah itu, mereka memberi Yosua anak Nun sebahagian tanah itu sebagai miliknya sendiri.

50. Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di sana.

Yosua 19