17. Yosua berkata kepada suku Efraim dan suku Manasye Barat, iaitu keturunan Yusuf, “Bilangan kamu memang besar dan kamu sangat kuat. Kamu akan mendapat lebih daripada satu bahagian.
18. Kawasan perbukitan itu juga akan menjadi milik kamu. Walaupun kawasan itu hutan, kamu akan memiliki seluruhnya dan membuka tanahnya. Kamu akan mengusir orang Kanaan, walaupun mereka bangsa yang kuat dan mempunyai kereta kuda daripada besi.”