Yosua 15:53-63 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

53. Yanum, Bet-Tapuah, Afeka,

54. Humta, Kiryat-Arba (iaitu Hebron), dan Zior; semuanya sembilan buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.

55. Selain itu termasuk juga Maon, Karmel, Zif, Yuta,

56. Yizreel, Yokdeam, Zanoah,

57. Kain, Gibea, dan Timna: semuanya sepuluh buah kota, bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.

58. Selain itu termasuk juga kota Halhul, Bet-Zur, Gedor,

59. Maarat, Bet-Anot, dan Eltekon; semuanya enam buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.

60. Selain itu termasuk juga Kiryat-Baal (atau Kiryat-Yearim) dan Raba; dua buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.

61. Di kawasan gurun terdapat Bet-Araba, Midin, Sekhakha,

62. Nibsan, Kota Garam, dan En-Gedi; semuanya enam buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.

63. Tetapi suku Yehuda tidak dapat mengusir orang Yebusi yang tinggal di Yerusalem. Orang Yebusi masih tinggal di situ bersama-sama suku Yehuda.

Yosua 15