Yosua 15:11-30 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Dari situ sempadan itu menuju ke bukit di sebelah utara Ekron, membelok ke arah Sikron, melalui Gunung Baala sampai ke Yabneel. Sempadan itu berakhir di Laut Tengah,

12. yang menjadi sempadan di bahagian barat.Keluarga-keluarga suku Yehuda tinggal di dalam wilayah itu.

13. Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Yosua, sebahagian daripada wilayah Yehuda diberikan kepada Kaleb anak Yefune. Kaleb mendapat kota Hebron, milik Arba, iaitu bapa Enak.

14. Kaleb mengusir keturunan Enak, iaitu puak Sesai, Ahiman, dan Talmai keluar dari kota itu.

15. Dari sana Kaleb pergi menyerang orang yang tinggal di Debir. (Dahulu kota itu disebut Kiryat-Sefer.)

16. Kaleb berkata, “Aku akan mengahwinkan anak perempuanku, Akhsa, dengan orang yang berjaya merebut Kiryat-Sefer.”

17. Otniel anak Kenas, iaitu anak saudara Kaleb, berjaya merebut kota itu, lalu Kaleb mengahwinkan anak perempuannya, Akhsa dengan Otniel.

18. Pada hari perkahwinan itu, Otniel mendesak Akhsa supaya meminta sebidang tanah daripada bapanya. Akhsa turun dari keldainya, lalu Kaleb bertanya, “Apa yang engkau mahu?”

19. Akhsa menjawab, “Saya mahu beberapa mata air. Tanah yang diberikan oleh ayah kepada saya itu terletak di kawasan tanah gersang.” Oleh itu Kaleb memberi dia mata air di sebelah hulu dan di sebelah hilir.

20. Berikut ini ialah tanah yang diterima oleh suku Yehuda sebagai milik mereka.

21. Kota-kota yang paling jauh di selatan, yang berhampiran sempadan Edom ialah: Kabzeel, Eder, Yagur,

22. Kina, Dimona, Adada,

23. Kedes, Hazor, Yitnan,

24. Zif, Telem, Bealot,

25. Hazor-Hadata, Keriot-Hezron (atau Hazor),

26. Amam, Sema, Molada,

27. Hazar-Gada, Hesmon, Bet-Pelet,

28. Hazar-Sual, Bersyeba dan pekan-pekan di sekelilingnya,

29. Baala, Iyim, Ezem,

30. Eltolad, Kesil, Horma,

Yosua 15