Yosua 1:8-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan berjaya.

9. Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi.”

10. Selepas itu Yosua mengarah para pemimpin Israel supaya

11. berkeliling di seluruh perkhemahan dan memberitahu umat itu, “Siapkanlah makanan kerana tiga hari lagi kamu akan menyeberangi Sungai Yordan untuk menakluki tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu.”

Yosua 1