Yohanes 7:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Setelah itu Yesus pergi dari satu tempat ke tempat lain di Galilea. Dia tidak mahu pergi ke daerah Yudea kerana para penguasa Yahudi di sana hendak membunuh Dia.

2. Pada masa itu hampir Perayaan Pondok Daun.

3. Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, “Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke Yudea, supaya pengikut-pengikutmu dapat melihat perbuatanmu.

4. Tidak seorang pun menyembunyikan perbuatannya, jika dia ingin menjadi terkenal. Kamu sudah melakukan perkara-perkara seperti itu, biarlah seluruh dunia tahu akan kamu!” (

5. Saudara-saudara-Nya sendiri pun tidak percaya kepada-Nya.)

6. Yesus berkata kepada mereka, “Saat-Ku belum tiba. Saat kamu bila-bila sahaja.

Yohanes 7