Yohanes 6:62-69 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

62. Bagaimanakah jika kamu melihat Anak Manusia naik semula ke tempat asal-Nya?

63. Yang menyebabkan manusia hidup ialah Roh Allah. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat melakukannya. Kata-kata yang Aku katakan kepada kamu datangnya daripada Roh Allah yang memberikan hidup.

64. Namun ada beberapa orang antara kamu yang tidak percaya.” (Yesus tahu dari mulanya siapa-siapa yang tidak mahu percaya, dan orang yang akan mengkhianati Dia.)

65. Dia berkata lagi, “Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu bahawa tidak seorang pun boleh datang kepada-Ku, kecuali Bapa memperkenankannya.”

66. Sejak itu banyak pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi.

67. Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”

68. Simon Petrus berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.

69. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah.”

Yohanes 6