Yohanes 4:15-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Wanita itu berkata, “Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi dan tidak usah kembali ke sini untuk menimba air.”

16. Yesus menjawab, “Pergilah panggil suamimu lalu kembalilah ke sini.”

17. Wanita itu menjawab, “Saya tidak bersuami.”Lalu Yesus berkata, “Betul katamu bahawa kamu tidak bersuami.

18. Kamu sudah berkahwin lima kali, dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu. Memang benar katamu.”

19. Wanita itu berkata, “Sekarang saya tahu bahawa tuan seorang nabi.

Yohanes 4