Yohanes 21:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, “Hai kawan-kawan, adakah kamu mendapat ikan?”“Tidak! Seekor pun tidak,” jawab mereka.

6. Yesus berkata kepada mereka, “Labuhkanlah jala ke sebelah kanan perahu, lalu kamu akan mendapat ikan.” Mereka melabuhkan jala, tetapi mereka tidak terdaya menariknya kembali kerana terlalu banyak ikan yang tertangkap.

7. Pengikut yang dikasihi oleh Yesus berkata kepada Petrus, “Dia Tuhan!” Apabila Simon Petrus mendengar bahawa Dia itu Tuhan, Petrus memakai bajunya (yang ditanggalkannya semasa bekerja) lalu terjun ke dalam air.

Yohanes 21