Yohanes 20:28-30 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

28. Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”

29. Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!”

30. Banyak lagi mukjizat lain yang dilakukan oleh Yesus di hadapan pengikut-pengikut-Nya, tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini.

Yohanes 20