Yohanes 20:24-28 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

24. Tomas (yang disebut Si Kembar), seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, tidak bersama-sama mereka ketika Yesus datang.

25. Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, “Kami sudah melihat Tuhan!”Tetapi Tomas menjawab, “Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.”

26. Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berkumpul lagi di tempat itu dan Tomas hadir juga. Semua pintu terkunci, tetapi Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, “Salam sejahtera!”

27. Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, “Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!”

28. Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”

Yohanes 20