Yohanes 11:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang lelaki bernama Lazarus sakit. Dia tinggal di Betania bersama-sama dua orang saudaranya yang bernama Maria dan Marta. (

2. Marialah yang menuangi kaki Tuhan dengan minyak wangi, lalu menyapunya dengan rambutnya. Lazarus yang sakit itu saudaranya.)

3. Kedua-dua orang saudara ini mengirim khabar kepada Yesus, “Tuhan, sahabat yang Tuhan kasihi itu sakit.”

4. Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, “Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan.”

5. Yesus mengasihi Marta, Maria, dan Lazarus.

6. Tetapi ketika Yesus menerima khabar bahawa Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat itu dua hari lagi.

7. Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Marilah kita balik ke Yudea.”

Yohanes 11