4. Firman itu sumber hidup, dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia.
5. Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya.
6. Seorang bernama Yohanes diutus oleh Allah.
7. Yohanes datang untuk memberitahu orang tentang cahaya itu, supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya.
8. Dia sendiri bukan cahaya itu; dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu.
9. Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia.
32-33. Yohanes memberikan kesaksian ini, “Dahulu aku belum mengetahui siapa Dia itu. Tetapi Allah yang menyuruh aku membaptis orang dengan air berfirman kepadaku, ‘Engkau akan nampak Roh Allah turun lalu tinggal di atas seseorang. Dialah yang akan membaptis orang dengan Roh Allah.’ Aku nampak Roh Allah turun seperti burung merpati dari langit lalu tinggal di atas-Nya.
34. Aku sudah nampak kejadian ini,” kata Yohanes, “dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak Allah.”
35. Keesokan harinya Yohanes di tempat itu lagi dengan dua orang pengikutnya.
36. Ketika dia nampak Yesus lalu di situ, dia berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah!”
37. Kedua-dua orang pengikut itu mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikuti Yesus.
38. Yesus berpaling dan nampak mereka sedang mengikuti Dia. Lalu Yesus bertanya, “Apa yang kamu cari?”Mereka menjawab, “Rabbi, di manakah rabbi tinggal?” (Dalam bahasa Ibrani ‘rabbi’ bermakna ‘guru.’)
39. “Marilah lihat,” kata Yesus. (Masa itu kira-kira pukul empat petang.) Mereka pun mengikut Dia dan melihat tempat Yesus tinggal. Lalu mereka tinggal bersama-sama Dia pada hari itu.
40. Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus.
41. Dengan segera Andreas mencari Simon, saudaranya dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan Mesias!” (’Mesias’ sama dengan ‘Kristus’).
42. Kemudian Andreas membawa Simon kepada Yesus.Yesus memandang dia lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan disebut Kefas.” (Kefas sama dengan Petrus dan bermakna: bukit batu.)
43. Keesokan harinya Yesus mengambil keputusan untuk pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus, lalu berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” (