Yoel 2:20-32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Aku akan menjauhkan pasukan belalangyang datang dari utara.Aku akan mengusir sebilangan daripada pasukan ituke padang gurun.Barisan hadapan pasukan itu akan dihalausampai tenggelam di Laut Mati,dan barisan belakangtenggelam di Laut Tengah.Belalang yang mati akan menjadi busuk.Aku akan membinasakan pasukan itukerana segala perbuatannya terhadap kamu.

21. Hai ladang, jangan takut;bersukacitalah dan bergembiralah,kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu.

22. Hai binatang, jangan takut;kerana padang rumput kini hijau,pokok mengeluarkan buah,dan buah ara serta buah anggur pun banyak.

23. Bersukacitalah,hai penduduk Sion,bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu;Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh,Dia telah menurunkan hujan pada musim sejukdan hujan pada musim bunga seperti dahulu.

24. Tempat mengirik gandum akan penuh dengan gandum,dan tempat memeras buah anggur akan berkelimpahandengan wain dan minyak zaitun.

25. Aku akan mengganti segala kerugian kamupada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman kamu.Akulah yang menyuruhkawanan belalang itu menyusahkan kamu.

26. Tetapi sekarang kamu akan mempunyaicukup makanan sehingga kenyang.Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu,Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu.Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.

27. Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahubahawa Aku ada di tengah-tengah kamu,dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu,dan tiada lagi yang lain.Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”

28. “Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:anak lelaki dan anak perempuan kamuakan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;orang tua kamu akan bermimpi,dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.

29. Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Kubahkan kepada hamba-hamba,baik lelaki mahupun perempuan.

30. Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi;akan ada pertumpahan darah,api dan gumpalan asap.

31. Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba,matahari akan menjadi gelap,dan bulan akan menjadi merah seperti darah.

32. Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHANakan diselamatkan.Sebagaimana TUHAN telah berfirman,‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat;mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”

Yoel 2