10. Bumi bergoncang ketika belalang mara,dan langit pun bergegar.Matahari dan bulan menjadi gelap,bintang-bintang tidak lagi bercahaya.
11. TUHAN memberikan perintah dengan nyaring kepada tentera-Nya.Askar yang taat kepada-Nya banyak dan perkasa.Alangkah dahsyatnya hari TUHAN!Tidak seorang pun akan dapat bertahan.
12. TUHAN berfirman, “Tetapi sekarangbertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Kudengan berpuasa, menangis, dan meratap.
13. Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan,jangan hanya mengoyakkan pakaian.”Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu.Dia penyayang dan penuh rahmat;Dia sabar dan menepati janji-Nya;Dia sentiasa sedia mengampunidan tidak suka menghukum.
14. Mungkin TUHAN Allah kamu akan mengubah fikiran-Nya,lalu memberkati kamu dengan hasil bumi yang banyak.Oleh itu kamu dapat mempersembahkangandum dan wain kepada-Nya.
15. Tiuplah trompet di Bukit Sion;berikanlah perintah untuk berpuasa,dan adakanlah satu perhimpunan.
16. Kumpulkanlah segenap rakyat,siapkanlah mereka untuk perhimpunan umat,bawalah orang tua,kumpulkanlah anak-anakdan bayi-bayi juga.Pasangan yang baru berkahwin pun mesti meninggalkan bilik, lalu datang.
17. Para imam yang mengabdi kepada TUHANdi antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN,mesti menangis dan berdoa demikian,“Kasihanilah umat-Mu,ya TUHAN.Jangan biar bangsa lainmenghina dan mengolok-olok kami dengan berkata,‘Di manakah Allah kamu?’ ”
18. Kemudian TUHAN menunjukkan bahawa Diamengambil berat tentang tanah-Nya;Dia mengasihani umat-Nya.
19. Dia menjawab mereka,“Sekarang Aku hendak memberi kamu gandum, wain, dan minyak zaitun,lalu kamu akan dikenyangkan.Bangsa-bangsa lain tidak akan menghina kamu lagi.