7. Pokok anggur kita telah dimusnahkan,dan pokok ara kita dirosakkan.Kulit batang pokok telah dikupas,sehingga cabang-cabang menjadi putih.
8. Hai semua orang, menangislah,seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.
9. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.
10. Ladang-ladang kosong;tanah berkabungkerana gandum sudah musnah,buah anggur sudah kering,dan pokok zaitun sudah layu.
11. Hai petani, berdukacitalah;hai pekebun anggur, menangislah,kerana gandum, barli,dan semua tanaman sudah musnah.