Yesaya 9:6-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;pemerintahan-Nya akan sentiasa aman.Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilandari sekarang hingga akhir zaman.TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.

7. Tuhan telah menjatuhkan hukuman kepada kerajaan Israel, iaitu keturunan Yakub.

8. Semua penduduk Israel dan kota Samaria akan mengetahui bahawa Dialah yang melakukan hal ini. Sekarang mereka sombong dan tinggi hati. Mereka berkata,

9. “Bangunan-bangunan yang dibuat daripada batu bata telah roboh, tetapi kami akan menggantikannya dengan bangunan-bangunan daripada batu pahat. Kayu ara telah ditebang, tetapi kami akan menggantikannya dengan kayu sedar yang terbaik.”

10. TUHAN telah menggerakkan musuh mereka untuk menyerang mereka.

Yesaya 9