1. Kuasa TUHAN Raja ada padaku,Dia telah memilih aku dan mengutus akuuntuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin,untuk memulihkan orang yang hancur hati,untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan,dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.
2. Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkanketibaan masabagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya,dan mengalahkan musuh-musuh mereka.Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,
3. untuk memberi orang yang berkabung di Sion,kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan,lagu pujian, dan bukan kesedihan.Mereka akan menjadi seperti pokokyang ditanam oleh TUHAN sendiri.Mereka akan melakukan hal yang benar,dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.
4. Mereka akan membina semulakota-kota yang telah lama runtuh,dan mendirikan tempat-tempatyang sudah lama sepi.