9. Itulah kapal-kapal yang membawa pulangumat Allah dari negeri-negeri yang jauh.Perak dan emas dibawa oleh merekauntuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu,Allah Israel, Allah yang suciyang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya.
10. TUHAN berfirman kepada Yerusalem,“Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu,dan raja-raja mereka akan melayani engkau.Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.
11. Siang malam pintu-pintu gerbangmu akan terbuka,supaya raja-raja bangsa asing yang telah ditawandapat membawa kekayaan kepadamu.
12. Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamuakan dimusnahkan sama sekali.
13. Kayu sipres, kayu juniper, dan kayu pain,kayu yang terbaik dari hutan Lebanon,akan dibawa untuk membinamu, hai Yerusalem,untuk memperindah Rumah-Ku dan memuliakan kota-Ku.
14. Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau.Semua orang yang pernah menghina engkau akan bersujud pada kaki-Mu.Mereka akan menyebut engkau ‘Kota TUHAN’,‘Sion, Kota Allah Israel, Allah yang suci’.
15. Engkau tidak akan ditinggalkan dan tidak dibenci lagi,dan tidak dibiarkan sebagai kota yang terlantar dan sunyi.Aku akan menjadikan engkau agung dan indah,tempat kegembiraan selama-lamanya.
16. Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau,seperti seorang ibu memelihara anaknya.Engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, Penyelamatmu,dan bahawa Allah Israel, Allah Yang Maha Kuasa, Penebusmu.