Yesaya 60:8-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Apakah yang melayang seperti awan,seperti burung merpati yang sedang terbang pulang?

9. Itulah kapal-kapal yang membawa pulangumat Allah dari negeri-negeri yang jauh.Perak dan emas dibawa oleh merekauntuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu,Allah Israel, Allah yang suciyang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya.

10. TUHAN berfirman kepada Yerusalem,“Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu,dan raja-raja mereka akan melayani engkau.Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.

11. Siang malam pintu-pintu gerbangmu akan terbuka,supaya raja-raja bangsa asing yang telah ditawandapat membawa kekayaan kepadamu.

12. Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamuakan dimusnahkan sama sekali.

Yesaya 60