Yesaya 60:2-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan,tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu;cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.

3. Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu,dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.

4. Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu.Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu.Anak lelakimu pulang dari negeri jauh,dan anak perempuanmu didukung.

5. Engkau akan melihat hal itu lalu wajahmu berseri-seri,engkau akan terharu dan berbesar hati.Harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu;kekayaan dari seberang laut akan mengalir kepadamu.

6. Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa.Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan.Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!

7. Kawanan domba dari Kedar dan domba jantan dari Nebayotakan dibawa kepadamu sebagai korban,dan dipersembahkan di atas mazbah untuk menyenangkan hati TUHAN.TUHAN akan menjadikan Rumah-Nya lebih mulia lagi.

8. Apakah yang melayang seperti awan,seperti burung merpati yang sedang terbang pulang?

9. Itulah kapal-kapal yang membawa pulangumat Allah dari negeri-negeri yang jauh.Perak dan emas dibawa oleh merekauntuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu,Allah Israel, Allah yang suciyang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya.

10. TUHAN berfirman kepada Yerusalem,“Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu,dan raja-raja mereka akan melayani engkau.Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.

11. Siang malam pintu-pintu gerbangmu akan terbuka,supaya raja-raja bangsa asing yang telah ditawandapat membawa kekayaan kepadamu.

12. Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamuakan dimusnahkan sama sekali.

13. Kayu sipres, kayu juniper, dan kayu pain,kayu yang terbaik dari hutan Lebanon,akan dibawa untuk membinamu, hai Yerusalem,untuk memperindah Rumah-Ku dan memuliakan kota-Ku.

Yesaya 60