14. Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau.Semua orang yang pernah menghina engkau akan bersujud pada kaki-Mu.Mereka akan menyebut engkau ‘Kota TUHAN’,‘Sion, Kota Allah Israel, Allah yang suci’.
15. Engkau tidak akan ditinggalkan dan tidak dibenci lagi,dan tidak dibiarkan sebagai kota yang terlantar dan sunyi.Aku akan menjadikan engkau agung dan indah,tempat kegembiraan selama-lamanya.
16. Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau,seperti seorang ibu memelihara anaknya.Engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, Penyelamatmu,dan bahawa Allah Israel, Allah Yang Maha Kuasa, Penebusmu.
17. Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti gangsa,perak sebagai ganti besi,gangsa sebagai ganti kayu,dan besi sebagai ganti batu.Penguasa-penguasamu tidak akan menindas engkau lagi;Aku akan menyebabkan mereka memerintah dengan adil dan aman.
18. Keganasan tidak akan terdengar lagi;negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi.Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau;engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.
19. Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari,bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari;Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu;Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.
20. Masa kedukaanmu akan berakhir.Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu,lebih kekal daripada matahari dan bulan.
21. Pendudukmu akan melakukan hal yang benar,dan akan memiliki negeri ini selama-lamanya.Mereka seperti tumbuhan yang Aku tanam, hasil ciptaan-Ku,untuk menyatakan kebesaran-Ku.
22. Bahkan keluargamu yang terkecil dan terhinaakan menjadi bangsa yang kuat.Pada masa yang tepat kelak,Aku, TUHAN, akan melakukannya dengan segera.”