1. Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem,kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang;TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
2. Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan,tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu;cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.
3. Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu,dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.
4. Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu.Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu.Anak lelakimu pulang dari negeri jauh,dan anak perempuanmu didukung.