1. Pada tahun Raja Uzia mangkat, aku nampak Tuhan. Dia bersemayam di atas takhta-Nya yang tinggi dan mulia. Kelepet jubah-Nya memenuhi seluruh Rumah TUHAN.
2. Makhluk-makhluk yang bernyala seperti api berdiri di sekeliling-Nya: setiap makhluk mempunyai enam sayap. Tiap-tiap makhluk itu menggunakan dua sayap untuk menutup muka, dua sayap lagi untuk menutup tubuh, dan dua lagi untuk terbang.
3. Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain,“Suci, suci, suci!Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa!Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia.”
4. Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap.
5. Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!”