8. dan tiada seorang pun selamat. Segala perbuatan kamu tidak adil. Kamu mengikut jalan yang sesat, dan orang yang mengikut jalan itu tidak selamat.
9. Umat itu berkata, “Sekarang barulah kami tahu sebabnya Allah tidak menyelamatkan kami daripada orang yang menindas kami. Kami menanti-nantikan cahaya, tetapi hanya kegelapan yang ada.
10. Kami meraba-raba seperti orang buta. Kami tersandung pada tengah hari, seolah-olah hari sudah malam. Kami seperti orang mati di kalangan orang hidup.
11. Kami takut dan sedih. Kami mengharapkan Allah untuk menyelamatkan kami daripada penindasan dan kejahatan, tetapi tiada apa-apa berlaku.
12. Kesalahan kami terhadap-Mu sungguh banyak. Dosa kami menyalahkan kami. Kami sungguh-sungguh menyedari kejahatan kami.
13. Kami telah memberontak terhadap TUHAN, menolak Dia, dan tidak mahu mengikut Allah kami. Kami telah menindas orang lain dan menyeleweng daripada-Mu. Fikiran kami sesat dan kata-kata kami dusta belaka.
14. Hukum yang adil telah disingkirkan dan keadilan dijauhkan. Kejujuran dipandang rendah di tempat-tempat umum, dan ketulusan diketepikan.
15. Tiada lagi orang yang jujur sehingga sesiapa yang menjauhi kejahatan menjadi mangsa kejahatan.”TUHAN nampak semuanya; Dia murka kerana tiada keadilan lagi.