Yesaya 59:4-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Kamu mengadukan perkara tanpa alasan, dan kamu tidak menghakimi perkara dengan adil. Kamu mendapat kemenangan dengan berdusta. Kamu merancang untuk menyakiti orang lain, dan kamu melakukan kejahatan itu.

7. Kamu selalu merancangkan sesuatu yang jahat, dan ingin segera melaksanakannya. Kamu tidak ragu-ragu membunuh orang yang tidak bersalah. Ke mana sahaja kamu pergi kamu meninggalkan keruntuhan dan kebinasaan,

8. dan tiada seorang pun selamat. Segala perbuatan kamu tidak adil. Kamu mengikut jalan yang sesat, dan orang yang mengikut jalan itu tidak selamat.

9. Umat itu berkata, “Sekarang barulah kami tahu sebabnya Allah tidak menyelamatkan kami daripada orang yang menindas kami. Kami menanti-nantikan cahaya, tetapi hanya kegelapan yang ada.

10. Kami meraba-raba seperti orang buta. Kami tersandung pada tengah hari, seolah-olah hari sudah malam. Kami seperti orang mati di kalangan orang hidup.

11. Kami takut dan sedih. Kami mengharapkan Allah untuk menyelamatkan kami daripada penindasan dan kejahatan, tetapi tiada apa-apa berlaku.

12. Kesalahan kami terhadap-Mu sungguh banyak. Dosa kami menyalahkan kami. Kami sungguh-sungguh menyedari kejahatan kami.

13. Kami telah memberontak terhadap TUHAN, menolak Dia, dan tidak mahu mengikut Allah kami. Kami telah menindas orang lain dan menyeleweng daripada-Mu. Fikiran kami sesat dan kata-kata kami dusta belaka.

14. Hukum yang adil telah disingkirkan dan keadilan dijauhkan. Kejujuran dipandang rendah di tempat-tempat umum, dan ketulusan diketepikan.

15. Tiada lagi orang yang jujur sehingga sesiapa yang menjauhi kejahatan menjadi mangsa kejahatan.”TUHAN nampak semuanya; Dia murka kerana tiada keadilan lagi.

16. Dia hairan kerana tiada sesiapa pun menolong orang yang tertindas. Oleh itu, dengan kuasa-Nya sendiri Dia akan menyelamatkan mereka dan memberi mereka kemenangan.

17. Dia memakai keadilan sebagai baju zirah dan penyelamatan sebagai topi besi. Dia bertekad untuk memulihkan keadaan dan membalas ketidakadilan.

18. Dia akan menghukum musuh-Nya menurut perbuatan mereka, termasuk juga orang yang tinggal di negeri-negeri yang jauh.

19. Dari timur ke barat, tiap-tiap orang takut akan keagungan dan kuasa-Nya. Dia akan datang seperti air sungai yang deras dan seperti angin yang kuat.

20. TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Aku akan datang ke Yerusalem untuk membela dan menyelamatkan semua orang yang bertaubat daripada dosa.

21. Aku membuat perjanjian dengan kamu: Aku telah memberi kamu kuasa-Ku dan ajaran-Ku untuk menjadi milik kamu selama-lamanya. Mulai sekarang hendaklah kamu taat kepada-Ku, dan mengajar anak serta keturunan kamu supaya taat kepada-Ku selama-lamanya.”

Yesaya 59