Yesaya 58:12-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Kamu akan membina semula apa yang sudah lama runtuh; kamu akan membinanya semula di atas asas yang lama. Kamu akan dikenal sebagai umat yang membina semula tembok-tembok kota dan rumah-rumah yang runtuh.”

13. TUHAN berfirman, “Jika kamu merayakan hari Sabat sebagai hari yang suci, dan tidak mementingkan hal sendiri pada hari itu; jika kamu menghargai hari-Ku yang suci dan menghormatinya dengan tidak berpergian pada hari itu, tidak bekerja, dan tidak bercakap kosong,

14. maka kamu akan berbahagia kerana mengabdi kepada-Ku. Aku akan menyebabkan kamu dihormati di seluruh dunia, dan kamu akan menikmati hasil negeri yang Aku berikan kepada nenek moyang kamu, Yakub. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yesaya 58