Yesaya 55:7-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka,dan mengubah jalan fikiran mereka.Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita,kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.

8. TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.

9. Setinggi langit dari bumi,setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.

10. Firman-Ku seperti salji dan hujanyang turun dari langit untuk membasahi bumi,serta menumbuhkan tanamansehingga menghasilkan benih untuk ditanamdan makanan untuk dimakan.

Yesaya 55