Yesaya 53:4-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya,penyakit kitalah yang dideritanya.Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya ituhukuman Allah baginya.

5. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita,dia diseksa kerana perbuatan jahat kita.Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,kita disembuhkan kerana luka-lukanya.

6. Dahulu kita semua seperti domba yang sesat,masing-masing mengikut jalan sendiri.Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya,hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.

7. Dia diperlakukan dengan kasar,tetapi dia menanggungnya dengan sabar;Dia tidak membuka mulutnyaseperti anak domba yang dibawa ke pembantaian,atau induk domba yang dicukur bulunya.

8. Dia ditahan dan dihakimi,lalu digiring untuk dihukum mati.Tidak seorang pun mempedulikannya;dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita.

Yesaya 53