Yesaya 52:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Pergilah! Tinggalkanlah Babilonia,hai kamu yang membawa perkakas Rumah TUHAN!Janganlah sentuh apa-apa yang najis,sucikanlah diri kamu dan berangkatlah.

12. Kamu tidak akan pergi tergesa-gesaseperti orang yang melarikan diri.TUHAN akan memimpin kamu,Allah Israel akan melindungi kamu dari setiap penjuru.

13. TUHAN berfirman,“Hamba-Ku akan berjaya dalam tugasnya;dia akan disanjung tinggi.

14. Dahulu banyak orang terperanjat melihat dia,kerana rupanya dicacati sehingga tidak lagi seperti rupa manusia.

Yesaya 52