10. Mereka tidak akan lapar atau dahaga,dan tidak ditimpa angin panas dan terik matahari,kerana mereka dipimpin oleh penyayang mereka.Dia akan memimpin mereka ke mata air.
11. Aku akan membina lebuh raya melintasi pergunungan,Aku akan menyediakan jalan bagi umat-Ku.
12. Umat-Ku akan datang dari tempat-tempat yang jauh,dari utara, barat, dan dari Sinim di selatan.”
13. Bernyanyilah, hai langit! Bersoraklah dengan sukacita, hai bumi!Bernyanyilah dengan gembira, hai gunung-gunung,kerana TUHAN akan menghiburkan umat-Nya,Dia akan mengasihani umat-Nya yang menderita.