Yesaya 48:6-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Segala nubuat-Ku telah berlaku sekarang,kamu harus mengaku bahawa nubuat-Ku itu benar.Sekarang Aku bernubuat pula tentang hal-hal yang baru,rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.

7. Baru sekarang Aku melakukannya,belum pernah kamu mendengar hal itu,supaya kamu tidak dapat berkatabahawa kamu sudah mengetahui segala-galanya.

8. Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai,kamu dikenal sebagai penderhaka.Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya,dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu.

9. Aku menahan kemurkaan-Ku,supaya orang memuji nama-Ku.Aku menahan kemarahan-Ku,supaya kamu tidak dibinasakan.

10. Aku telah menguji kamu dengan api kesengsaraan,seperti perak diuji di dalam relau.

Yesaya 48