Yesaya 45:4-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Aku melantik engkau untuk menolong hamba-Ku Israel,umat yang telah Kupilih itu.Aku telah mengurniakan kehormatan kepadamuwalaupun engkau tidak mengenal Aku.

5. Akulah TUHAN; selain Aku tiada yang lain.Aku akan mengurniai engkau kekuatan yang kauperlukan,walaupun engkau tidak mengenal Aku.

6. Aku berbuat demikiansupaya dari timur sampai ke baratsemua orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN;selain Aku tiada yang lain.

7. Akulah yang menciptakan cahaya dan kegelapan;Akulah yang mendatangkan berkat dan malapetaka.Akulah TUHAN yang melakukan semuanya.

8. Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit;bumi terbuka untuk menerimanya,lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan,kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.”

Yesaya 45