6. Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka,dan negeri di selatan membebaskan mereka.Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh,dari segala pelosok dunia.
7. Merekalah umat-Ku,Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan Aku.”
8. Allah berfirman, “Perintahlah umat-Ku datang menghadap.Mereka mempunyai mata, tetapi buta;mereka mempunyai telinga, tetapi pekak!
9. Perintahlah semua bangsa dan suku berhimpun.Siapakah antara mereka dapat meramalkan masa depan,dan memberitahukan apa yang berlaku sekarang?Biarlah mereka menghadapkan saksi-saksiuntuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah,dan bahawa kata-kata mereka benar.
10. Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku;Aku memilih kamu menjadi hamba-Kusupaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku,dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah.Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain;baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang.
11. Hanya Akulah TUHAN,Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.
12. Aku bernubuat tentang hal-hal yang akan berlaku,lalu Aku datang menolong kamu.Tiada dewa asing yang pernah berbuat hal seperti itu;kamulah saksi-Ku.
13. Akulah Allah, dan Aku tetap Allah selama-lamanya.Tiada seorang pun dapat melepaskan diri daripada kuasa-Ku;tiada sesiapa pun dapat menghalang Aku bertindak.”
14. Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN yang menyelamatkan kamu berfirman,“Aku akan mengirim tentera untuk menyelamatkan kamu dari Babel;Aku akan merobohkan pintu-pintu gerbang,lalu sorak-sorai penduduk Babel akan berubah menjadi tangisan.