Yesaya 41:21-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

21. Demikianlah TUHAN, raja Israel berfirman,“Hai dewa bangsa-bangsa, ajukanlah perkara kamu,dan kemukakanlah alasan-alasannya!

22. Marilah dan ramalkanlah hal yang akan berlaku,supaya kami tahu ketika perkara itu berlaku.Terangkanlah kejadian masa lampau,dan jelaskanlah ertinya kepada kami.

23. Ramalkanlah hal-hal yang akan berlaku,supaya kami tahu bahawa kamu benar-benar ilahi!Lakukanlah sesuatu yang baik, atau sesuatu yang jahat;supaya kami tercengang ketakutan!

24. Kamu dan perbuatan kamu tidak bererti apa-apa;orang yang menyembah kamu menjijikkan sahaja.

25. Aku telah menggerakkan hati seorang dari timur;Aku akan menyebabkan dia melancarkan serangan dari utara.Dia akan menginjak-injak para penguasa seolah-olah mereka lumpur,seperti tukang periuk menginjak-injak tanah liat.

Yesaya 41