Yesaya 39:1-2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kira-kira pada masa itu, raja Babilonia, iaitu Raja Merodakh Baladan anak Baladan mendengar bahawa Raja Hizkia gering dan baru sembuh. Oleh itu raja Babilonia mengirim sepucuk surat dan sebuah hadiah kepada Raja Hizkia.

2. Raja Hizkia menyambut kedatangan para utusan itu dan menunjukkan kekayaannya kepada mereka - perak dan emasnya, rempah-rempah dan minyak wangi, serta segala perlengkapan tenteranya. Tiada satu pun di gudangnya atau di seluruh kerajaannya yang tidak ditunjukkan kepada mereka.

Yesaya 39